
Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang, dan suara kita tersekat dikerongkong. Itu bukan Cinta ,itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan cinta, Itu kESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan yang kita mencintainya kerana kita tidak mahu melukakan hatinya. Itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan cinta, itu TERGILA- GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi padanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya.... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain, tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita mengangis kerana kesakitannya, walaupun saat itu dia sebenarnya kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita berbahagia ketika dia gembira? Jika ya, ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA.
Bersyukurlah kiranya kita sudah memiliki CINTA itu....




rupanya sahabatku pandai bermadah, ayat-ayatnya sungguh puitis...
ReplyDeleteboleh la menjadi penulis novel (cadangan)....