Thursday, December 31, 2009

PLANET NIBIRU amaran/petanda atau satu gambaran?


assalamualaikum...

saya tertarik mengenai fenomina alam yang semakin unik seakan ingin memberitahu sesuatu kepada manusia..
sudahkan anda menonton filem 2012 yang masih hangat diperkatakan ? pernah anda terfikir kenapa pembuat filem berkenaan memilih 2012 atau kenapa tidak 2020 ke?..
emm...setelah saya membaca banyak ilmu berkenaan astronomi, saya cuma merangkumkan apa yang saya faham mengenai kejadian 2012..

sebenarnya saya tidak mempercayai bahawa 2012 merupakan hari kiamat seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak barat,malah telah berpendapat bahawa 21/12/12 adalah tarikh keramat dan ditunggu2kan...ini kerana manusia tidak dapat mentakrifkan bila? tarikh sebenar kiamat kerana ianya adalah hak dan rahsia ALLAH swt.kita cuma diberitahu mengenai kebenaran kejadian kiamat beserta tanda-tandanya..oleh itu, kita sebagai orang islam tidak harus sibuk mencari tarikh sebenar kiamat itu..tetapi hendaklah sentiasa menyiapkan diri menghadapinya..persoalannya disini, adakah kita sudah BERSEDIA?

itu hanyalah mukadimah,,,apa yang ingin saya kongsikan bersama ini harap dapat mengajak sahabat sekalian berfikir mengenai kejadian alam semesta serta dapat mendekatkan diri kepada tuhan.



LINTASAN PLANET X / (NIBIRU)

Pernahkah anda mendengar mengenai planet baru yang telah dijumpai oleh ahli astronomi dunia? NASA melaporkan tentang penemuan planet baru berhampiran dengan sistem solar kita ini. Ia dikesan melalui teleskop infrared IRAS. Ia kelihatan seperti bintang berwarna merah yang cerah. planet nibiru ini dikatakan semakin menghampiri sistem solar dan akan mendekati bumi yang akan membahayakan bumi..
pakar- pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yg berputar secara berbalik arah,jika planet bumi kita kini matahari masih terbit dari arah timur,maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang didalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat.dari sisi ilmiah,ini adalah petanda akhir zaman mendekati kiamat.dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet- planet yg telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang diberi nama planet nibiru juga dikenali sebagai planet X.


Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dlm sistem suria kita, sehinggadlm keadaan berlawan arah,dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dgn bumi.Para saintis meramalkan 50 tahun lagi.nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003,dengan kata lain kehancuran bumi akan terjadi pada 2053?ada laman web yang berkata pertembungan ini pada 2012? atau ini adalah kiamat ? Allah maha berkuasa segala-galanya...

Lintasan planet Nibiru kedalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yg dasyat dibumi. gempa-gempa bumi terkuat dlm sejarah manusia akan terjadi ketika ini.setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru,gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat didunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dlm sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yg agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru.Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi.

dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah,maka kita hendklan menjadikannya sebagia ikhtibar dan teladan serta munasabahkan diri kita,adakah kita sudah bersedia mneghadapinya...YANG PASTINYA HARI KIAMAT ITU PASTI AKAN TIBA..mungkinkan Nibiru antara penyebabnya ?hanya Allah yang maha mengetahui...



No comments:

Post a Comment